Brownie Kacang

Ramuan / Bahan

250 g gula perang
250 g tepung halus
300 g sirap kencana
150 g marjerin
100 g mentega kacang
75 g coklat cair 60 g tepung kastad
150 g kekacang bergaram
125 g gula kastor
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

Pukul marjerin dan mentega kacang hingga lembut. Masukkan gula kastor. Kemudian masukkan tepung halus dan tepung kastad. Kaup dan balikkan. Tuangkan setengah adunan ke dalam acuan. Kemudian tuangkan sirap kencana bercoklat di atasnya. Tuangkan baki adunan ke atas sirap tadi. Gunakan pisau untuk membuat lakaran marble dipermukaannya. Taburkan kekacang dan bakar dengan suhu 180C selama 40 minit.