Biskut Gajus Nestum

Ramuan / Bahan

3 cawan tepung gandum
2 cawan nestum
2 cawan mentega/marjerin
1 cawan gula halus 1 sudu teh esen vanila
1 cawan cincangan gajus goreng
Kacang gajus (hiasan)

Cara-cara

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan esen. Masukkan Nestum, tepung dan gajus kacau hingga doh sebati dan lembut. Gulung doh berukuran 2cm dan bungkus dengna kertas minyak serta disimpan di dalam peti semalaman. Keluarkan adunan dari kertas minyak dan potong setebal 10mm. Letakkan diatas loyang yang tidak berleser, jarak 4cm antara satu sama lain. Hias dengan gajus goreng, bakar hingga masak.