Hot Jack

Ramuan / Bahan

200 gm kacang soya kering
50 gm karamel
15 gm gula
5 gm mix spice
1 gm cuka
20 gm tepung gandum
30 gm minyak bijan
50 gm air
10 gm bawang putih
10 gm halia
350 gm daging ayam
350 gm serbuk cili Bahan untuk kepingan tortilla:

Bawang (dipotong dadu)
Tomato
Daun salad
Krim masam
Lidi penyemat

Cara-cara

Bagi cara memasak inti, rendam kacang soya sehingga lembut dan dikisar sehingga lumat.

Panaskan minyak, tumis halia dan bawang putih. Masukkan kacang soya.

Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

Tuangkan kesemua air sebelum mencampurkan mix spice. Kacau sehingga pekat. Tuangkan karamel dan gula. Kacau sehingga campuran menjadi likat. Campurkan ayam yang dipotong dadu diikuti dengan serbuk cili.

Dalam penyediaan Hot Jack, dapatkan tortilla di pasar raya. Sapukan dengan krim masam. Taburkan bawang yang dipotong dadu.

Letakkan inti Hot Jack di atas dan taburkan tomato yang dipotong dadu dan daun salad.

Gulung dan cucuk dengan lidi penyemat supaya melekat.