Halwa Lobak Merah

Ramuan / Bahan

500 gm lobak merah dipotong kecil-kecil
2 cawan gula pasir
50 gm gula batu 1 cawan serbuk kayu manis
6 sudu air limau nipis

Cara-cara

Masukkan gula pasir, gula batu, kayu manis dan dua gelas air. Bila mendidih, masukkan lobak merah dan air perahan limau nipis. Masak lebih kurang lima minit atau air gula tadi menjadi pekat dan menyalut lobak. Masak atas api yang sederhana sambil kacau. Bila gula bersakar bolehlah diangkat. Toskan dan bolehlah dijemur sehingga kering.