Gegelang Bawang Bercili

Ramuan / Bahan

4 labu bawang besar (dikupas dan dihiris bulat-bulat)
1 cawan susu
1 biji telur
125 gm tepung (diayak) ¼ sudu teh cili serbuk
¼ sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Leraikan lapisan-lapisan bawang.
2. Bubuh di dalam mangkuk, tuangkan susu dan biarkan selama 1 jam. Tuskan dan ketepikan susu.
3. Pukul telur sehingga kembang,kemudian campurkan susu,cili serbuk,garam dan tepung.Adunkan sehingga sebati dan tidak berbintil-bintil.
4. Celupkan setiap gegelang bawang di dalam batter dan goreng dengan minyak yang panas sehingga perang keemasan. Tuskan dia atas kertas serap minyak dan taburkan sedikit garam.