Fucuk Berinti Ayam

Ramuan / Bahan

100 gm isi ayam
100 gm ubi keladi (diparut)
4 keping fucuk
10 ulas bawang merah ] dihiris
5 ulas bawang putih ]
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
½ sudu kecil minyak bijan
Garam secukup rasa Bahan sos:

10 tangkai cili kering ]
5 ulas bawang putih ] dikisar
Sedikit halia ]
½ cawan cuka makan
3 sudu gula pasir
Garam secukup rasa

Cara-cara

Gaulkan isi ayam dengan keladi parut. Kemudian masukkan bahan yang lain. Perapkan selama 30 minit.

Gulungkan bahan tadi dengan fucuk sebesar kulit popia. Kemudian gorengkan.

Satukan bahan sos dam masak selama 10 minit.

Hidangkan fucuk ayam dengan sos.