Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Fried Chicken Pie

Ramuan / Bahan

filling:
1 chicken stock cube
2 cawan air
1 tin cream of chicken soup
½ carrot
1 ubi kentang
1 fillet dada ayam
lada hitam

pastry:
tepung gandum
butter (yang jenis 'salted')
air

Cara-cara

cara menyediakan 'filling':

rebuskan air bersama 1 cube chicken stock sampai 'boiling' dalam pan yang ditutup. masukkan fillet ayam kedalam air dan rebuskan selama 15 minit. potong ubi kentang menjadi 'wedges' besar dan masukkan kedalam air rebusan. rebus selama extra 5-8 minit (sampai kentang cukup masak - jangan biarkan sampai terlalu lembik!).

toskan kentang dan ayam, buangkan air rebusan. cincang kedua-duanya menjadi saiz lebih kurang 1 cm x 1 cm. 'grate'kan carrot. dalam mangkuk besar, gaulkan sekali ayam, kentang, carrot yang 'grated' dan 1 tin cream of chicken soup. 'grind'kan lada hitam dan gaulkan hingga sebati. tutupkan mangkuk dengan kain dan biarkan menjadi suhu bilik.

cara menyediakan pastry:

pastry yang saya gunakan hanya pastry karipap biasa dan ikut sukatan sendiri. ayakkan tepung dan dengan jari, gaulkan bersama butter yang masih sejuk hingga tepung menjadi seakan 'breadcrumbs' (butiran kecil yang halus). campurkan cukup air dan gaulkan hingga sebati. canaikan pastry hingga ketebalan 1-2 mm, dan potongkan menjadi bulatan besar.

menyediakan chicken pie puff:

letak 1 sudu besar inti pada tengah 1 bulatan pastry, lipat dan kepilkan hujung seperti karipap. 'repeat'. panaskan minyak dalam kuali (gunakan minyak masak yang 'fresh' dan bukan yang sudah digunakan!) dengan api yang kecil dan goreng hingga kuning keemasan.