Cucur Roti

Ramuan / Bahan

6 keping roti (brand apa pun tak apa)
1 sudu besar ikan sardin yang telah dilecek
2 biji telor ayam
1 batang daun saderi dipotong kecil-kecil
ΒΌ bawang besar dipotong kecil-kecil
1 biji cili besar dipotong kecil-kecil
sedikit garam dan serbuk perasa

Cara-cara

Roti dipotong kecil. Masukkan telur, bahan-bahan yang dipotong tadi bersama sedikit garam dan serbuk perasa kedalam mangkuk dan gaul sebati. Akhir sekali masukkan sardin dan juga roti yang dipotong tadi kedalam mangkuk dan gaul sehingga sebati. Panaskan minyak dalam kuali. Ambil satu sudu adunan tadi masukkan dalam minyak untuk digoreng seperti membuat jemput-jemput pisang. Goreng sehingga berwarna keemasan dan angkat.