Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Brokoli dan Bunga Kobis Berkeju

Ramuan / Bahan


½ kg Brokoli
½ kg Bunga kobis (lebih pun boleh)
2 biji kentang







1 sudu besar mentega
100 ml susu segar atau low fat milk
sedikit garam
sedikit lada putih (ikut suka)
cheddar cheese yg digarut

bekas alumunium yang berukuran rectangle
atau bekas yang boleh disimpan dalam microwave.

Cara-cara

Mula-mula potong sayur kemudian rebus sekekap. masukkan garam sedikit. Kecuali ubi, direbus hingga sederhana lembut kemudian potong sesuka hati (buang kulit). Semua sayur toskan.

Panaskan mentega sekejap, tutup api. Kemudian kedalam mentega masukkan susu, garam (ikut rasa) sayur dan lada putih. kacau bahan tersebut diatas api perlahan dan sekejap sahaja tapi pekat sikit.kemudian masukkan dalam bekas, ratakan. kemudian bubuhkan cheese diatas sekadar menutupi sayur. masukkan dalam oven dengan kepanasan 180'c, api atas bawah, sehingga kering sedikit cecair dalam bahan dan cheese atas bewarna coklat sedikit.