Cucur kentang

Ramuan / Bahan

3 cawan tepung gandum
200 gm udang yang telah dibuang kulit
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji kentang dipotong dadu
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 biji cili merah ditumbuk halus
½ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan adunan. Tambahkan garam secukup rasa. Panaskan minyak dan goreng mengikut citarasa anda.