Cucur Kacang Dal

Ramuan / Bahan

1-½ cawan kacang dal
tepung gandum
air sejuk (petiais)
segenggam daun kari
garam
gula
Bahan2 Dihiris halus
1 labu bawang besar
5 biji cili merah

Bahan utk dikisar/ditumbuk separa halus
½ cawan udang kering

Cara-cara

Rebus kacang dal dengan air sehingga empuk (lebih kurang ~ 1 jam ). Tunggu kacang dal tu sejuk dulu. Setelah sejuk, masukkan tepung gandum dan air sejuk. Tepung gandum jangan banyak sangat biarlah secukupnya. Kacau rata. Kemudian masukkan bawang besar, cili merah udang kering, daun kari, garam dan gula secukupnya. Kacau sebati. Juka terlalu pekat, tambahlah air sejuk lagi. Buatlah jemput2 dan goreng dengan minyak panas sehingga masak.