Cucur Jagung

Ramuan / Bahan

1 biji jagung (dihiris)
3 cawan tepung gandum
1 biji cili merah-potong dadu (jika suka)
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar (sederhana-dipotong dadu)
2 sudu ikan bilis
1 cawan air panas

Cara-cara

Hiris jagung

Campurkan semua bahan kering di dalam bekas.

Masukkan 1 cawan air panas.

Kacau hingga rata.

Masukkan air sejuk secukupnya. Jangan terlalu lembik.

Sedia untuk digoreng.