Cucur Bersalut Roti

Ramuan / Bahan

Bahan-Bahan A
½ kg Tepung Gandum
Sebiji Telur Ayam
500 g daging yang telah dicincang
3 btg daun sup (dipotong halus)
3 btg daun bawang (dipotong halus)
1 btg lobak merah (dibpotong dadu)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 tangkai lada besar (dipotong halus)
sedikit garam

Bahan-Bahan B
1 bungkus roti sandwich
Bahan-Bahan C (Buat Kuah)
10 sudu besar sos cili
sedikit air suam
5 sudu besar gula

* Gaulkan kesemua bahan C tadi ke dalam mangkuk

Cara-cara

Cara-cara
Masukkan kesemua bahan-bahan A tadi dalam mangkuk, kacau sehingga sebati dan masukkan sedikit air supaya menjadi cucur.

Untuk menjadi bebola
1. Roti sandwich dipotong dadu dengan gunting ke dalam pinggang yang lemper.
2. Ambilkan satu sudu besar cucur tadi ke dalam roti yang telah dipotong dadu, bulatkan cucur tadi dengan roti sehinggan menjdi bulat.
3. Gorengkan cucur tadi dengan minyak yang panas.