Cekodok Maya

Ramuan / Bahan

500g tepung gandum
Sedikit ikan bilis
Cili merah dikisar
Bawang besar dipotong
Garam/gula
3 gelas air Bahan Sos:
1 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah dikisar
2 sudu air asam jawa

Cara-cara

Panaskan 2 cawan minyak. Campur tepung dan air kacau sehingga campuran sebati dan pekat.

Tambahkan bawang, cili, ikan bilis gula dan garam. Gunakan sudu untuk masukkan adunan tepung. Goreng hingga kuning dan angkat

Untuk Sos:
tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat. Tambahkan air asam jawa, gula dan garam. Hidangkan dengan cecekodok tadi