Bingkisan Coklat

Ramuan / Bahan

25 gm mentega
50 gm mentega kacang (kasar)
6 camca besar serbuk biskut manis/digestif
65 gm gula aising 200 gm coklat masakan
25 gm mentega
Cawan kertas secukupnya

Cara-cara

Panaskan mentega dan mentega kacang hingga cair. Angkat dari api dan masukkan serbuk biskut dan gula aising ke dalam mentega. Kacau rata. Bulat-bulatkan adunan mentega kacang seperti guli, buat 25 biji. Ketepikan. Masukkan coklat masakan bersama 25 gm mentega ke dalam mangkuk. Letakkan mangkuk di atas periuk berisi air mendidih. Kacau sekali-sekala hingga coklat cair. Masukkan secamca teh coklat cair ke dalam cawan kertas dan pusing-pusingkan cawan kertas supaya coklat rata di dalamnya. Biar hingga coklat keras. Kemudian bubuh mentega kacang ke dalam acuan tadi, tuang coklat cair hingga penuh cawan kertas. Sejukkan hingga keras. Apabila coklat keras, bolehlah dikeluarkan dari cawan kertas dan hidangkan.