Bergedil Roti Sardin

Ramuan / Bahan

Roti potong ( kuantiti ikut sesuka hati )
Sardin 1 tin
1 biji telur
Bawang goreng
Daun sup ( dihiris halus )
Minyak masak
Garam secukupnya
Air (untuk merendam roti)

Cara-cara

1.Rendam roti dengan air.Selepas itu , toskan didalam penapis sehingga air agak-agak dah kurang.
2.Masukkan roti dalam mangkuk . Gaulkan dengan sardin,bawang goreng,daun sup,telur dan masukkan garam secukup rasa..Gaulkan sehingga sebati.
3.Panaskan kuali,masukkan minyak dan goreng sehingga masak..