Bergedil Keledek Isi Ketam

Ramuan / Bahan

500 gm ubi keledek
150 gm isi ketam
2 helai daun sup (dihiris halus)
2 helai daun bawang (dihiris halus)
½ sudu kecil lada putih 2 biji telur ayam (1 biji untuk dicelup)
Minyak masak
Serbuk perasa
Garam

Cara-cara

Rebuskan ubi keledek sehingga empuk. Masukkan ke dalam mangkuk besar. Kemudian lenyekkan hingga hancur.

Masukkan bahan-bahan lain (kecuali minyak) dan gaulkan hingga sebati.

Kemudian ulikan menjadi bentuk bergedil. Pecahkan sebiji telur dan pukul sedikit.

Celupkan bergedil satu persatu ke dalam
telur yang telah dipukul tadi dan goreng dengan menggunakan yang panas.

Hidangkan bersama sos cili.