Bergedil Ayam

Ramuan / Bahan

1kg kentang
200gm ayam (bahagian dada)
1 sudu kecil lada putih (tumbuk)
1 biji telur
Daun sup (ikut suka)
Bawang Goreng (ikut suka)
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara

1. Kupas kulit kentang kemudian potong tipis dan digoreng hingga kekuningan.Biarkan sejuk.Tumbuk/lecek.
2. Goreng ayam sehingga separuh masak kemudian tumbuk.
3. Gaulkan semua bahan(kentang,ayam,lada putih,garam,bawang goreng,daun sup) hingga sebati.Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati.
4. Kepalkan adunan menjadi bulat2 kecil, leperkan dan sedia untuk digoreng.
5. Pastikan minyak panas dan pada api yg sederhana.