Bergedel Jagung Istimewa

Ramuan / Bahan

5 tongkol jagung muda (dihiris nipis)
5 ulas bwang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
300 gram udang basah (di buang kulit)
1 camca lada sulah
1 biji telur
5 camca makan tepung gandum
garam dan perasa secukup rasa
gula sedikit (jika suka) 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
sedikit daun sup
sedikit daun bawang
(dihiris halus)
minyak untuk menggoreng.

Cara-cara

1.Masukkan hirisan jagung+bawang merah+bawang putih+udang basah+ bawang besar yang dihiris+ lada sulah.
2.Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
3.pecahkan telur dan masukkan hirisan daun bawang dan daun sup.
4.Masukkan tepung gandum.Gaul sebati.
5.Panaskan minyak.Goreng seperti mengoreng cekodok.