Black Maggi

Ramuan / Bahan

1 bungkus maggi
3 tangkai cili padi
1 biji bawang merah dihiris
¼ cawan kicap manis
¼ cawan sos cili
sedikit minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara

Tumiskan bawang dan cili padi yang telah di hiris sehingga naik bau. Masukkan air (cukup-cukup untuk merendam sebungkus maggi) dan tunggu hingga mendidih. Kemudian masukkan maggi, dan tunggu hingga separuh lembut. masukkan kicap dan sos, sesuaikan rasa mengikut anda sendiri. angkat apabila kuah anda hampir kering dan pekat.