Popia Special

Ramuan / Bahan

Bahan Inti:
Isi udang - dicincang RM3.00
Daging cincang RM5-6
Suku kobis - dipotong halus RM1.00
sebiji karet - disagat halus RM0.50
taugeh RM 0.50
Dua biji cili merah - dipotong halus RM0.50
seulas bwg putih -ditumbuk kasar sahaja
Kulit popia RM4.50
minyak masak untuk menggoreng
sedikit air bancuhan tepung ubi/gandum/pulut sebagai bahan gam

Cara-cara

1. cincang isi udang
2. tomiskan bawang putih dan cili merah
3. masukkan daging, tunggu goreng sampai sedikit masak
4. masukkan isi udang, tunggu goreng sedikit
5. masukkan semua sayuran
6. perasakan dengan garam, lada sulah dan kiub ayam
7. tutup api dan toskan bahan inti dalam bekas jarang supaya minyaknya keluar
8. balut menggunakan kulit popia. gunakan bancuhan tepung tadi sebagai gam bai memastikan kulit popia tidah terbuka.
9. goreng dalam api sederhana besar. Minyak tidak boleh terlalu panas kerana kulit popia anda akan mengerutu.
10. Setelah siap menggoreng, pastikan anda meletakkan popia dalam keadaan berdiri supaya semua lebihan minyak akan mengalir keluar.