Pengat Pisang

Ramuan / Bahan

1 sikat pisang raja
300gm santan
200gm air
1 keping gula melaka
2 biji bunga cengkih
2 biji telor
sedikit garam
50gm gula
1 helai daun pandan

Cara-cara

1.pisang dipotong serong,rebus dengan air sampai masak.
2.masukan santan,bunga cengkih,gula melaka,gula ,garam secukup rasa
3.kacau perlahan supaya tidak berketul.
4.letakan daun pandan dan pukul telor perlahan.
5.masukan telor perlahan,kacau perlahan hingga masak dan cukup rasa.