Lepat Pisang Tepung Beras

Ramuan / Bahan

10 biji pisang emas
½ cawan gula pasir
¾ cawan tepung beras
½ cawan santan pekat
daun pisang secukupnya(yang dilayur atas api) untuk inti

1 cawan kelapa parut(kelapa sedang inti)
sedikit garam

Cara-cara

pisang dilenyek,campurkan gula hingga sebati.campurkan santan kacau sehingga rata.kemudian tambahkan tepung beras dan kacau sampai sebati.isikan aduan tadi atas daun pisang yang telah dibentuk 4 segi memanjang,anggaran 2 sudu besar.isikan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam ditengah-tengah aduan tadi.kemudian bungkus dan kukus selama 45 minit.