Kuih Makmur Tradisi

Ramuan / Bahan

500gm minyak sapi
3 ½ cawan tepung gandum serbaguna (diayak)
secubit garam halus
segenggam gula aising(supaya kuih tidak mudah hancur)
kacang tanah (digoreng dengan sedikit minyak sehingga rangup dan dikisar)
Gula aising secukupnya untuk saduran

Cara-cara

Uli tepung gandum beserta minyak sapi, gula aising dan garam. Adunan yang baik adalah lembut tetapi kurang berminyak. Sekiranya masih berminyak tambah tepung gandum tetapi pastikan adunan tidak keras sepeti adunan biskut biasa. Kemudian bentukkan ikut suka serta dimasukkan kacang kisar sebagai intinya. Bakar selama 15 minit pada suhu 150 - 175 darjah Celcius.