Cucur Ubi Kayu Lembut

Ramuan / Bahan

ubi kayu
gula
kelapa parut
tepung gandum
air
garam
minyak

Cara-cara

Rebus ubi kayu sehingga empuk. Kemudaian lenyek ubi kayu sehingga hancur dan biarkan sejuk. Apabila sudah sejuk, tambahkan gula dan kelapa parut. Gaul sehingga rata dan membentuk doh. Simpankan di dalam peti sejuk selama sejam. Selepas itu bentukkan doh-doh kecil.

Bancuh tepung dengan air dan garam seperti untuk menggoreng pisang. Celup doh kecil tadi ke dalam bancuhan tepung dan gorengkan dengan menggunakan minyak yang panas.