Wajik Gula Melaka

Ramuan / Bahan

300 gm beras pulut
150 gm gula melaka
150 gm gula pasir
2 biji kelapa diparut 1 helai daun pandan
Secubit garam
Secubit kapur (dilarutkan dengan 1 sudu teh air)

Cara-cara

Rendam pulut selama tiga jam. Toskan. Kukus pulut bersama di dalam kukusan selama 40 minit. Sejukkan di dalam talam. Kelapa parut diperah patinya dengan kain jarang. Perah santan keduanya dengan empat cawan air. Masak gula melaka dengan satu cawan air. Manakala gula larut tapis. Secubit garam. Masak air gula merah bersama gula putih dan santan kedua. Masak sehingga air gula pekat dan berbenang, angkat dengan sudip. Masukkan pati santan. Ketika mendidih masukkan pulut. Kacau selama 1/2 jam lagi dengan api perlahan. Masukkan 1 sudu teh kapur. Kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam talam yang dialas dengan daun pisang.