Tumpi

Ramuan / Bahan

Rempah:
1½ camca ketumbar
1 camca serbuk jintan putih
5 biji buah keras
5 ulas bawang putih
Sedikit lengkuas
Sedikit kunyit hidup
Sedikit serbuk perasa 1 bungkus tepung beras
1 biji kelapa (ambil 3 mangkuk santan)
1 kg kacang hijau (dibersihkan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-cara

Giling bahan-bahan rempah hingga halus. Ayak tepung beras ke dalam sebuah mangkuk. Kemudian masukkan bahan rempah dan gaul hingga rata. Masukkan santan dan garam, dan kacau rata-rata. Sekiranya adunan agak pekat, tambahkan sedikit air. Panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng dengan nyalaan yang sederhana. Sendukkan adunan ke dalam mangkuk kecil. Kemudian campurkan dengan satu senduk kacang hijau. Kacau rata-rata. Apabila minyak telah panas, tuangkan sedikit adunan di tepi kuali. Biarkan ia melebar sedikit. Buat begini dua atau tiga keping kemudian tolakkan ke dalam minyak. Gorenglah hingga garing. Setelah garing, angkat dan toskan. Buat begini hingga selesai semuanya.