Tepung Pelita Lagi Simple

Ramuan / Bahan

2 cawan Tepung Jagung
4 cawan air
4 cawan santan (tak kisah pekat/cair)
1 cawan Gula Pewarna Hijau
Sedikit Garam
Daun pandan (bentukkan 4 segi)

Cara-cara

Untuk Lapisan Bawah:
Masak 4 cawan air bersama 1 cawan tepung jagung, gula dan sedikit serbuk hijau. Bila sudah pekat, tuang ke dalam bekas daun pandan. Biarkan sejuk.

Untuk Lapisan Atas:
Masak 4 cawan santan bersama 1 cawan tepung jagung dan sedikit garam. Sentiasa kacau sehingga pekat. Bila adunan mula berat, tuang ke atas lapisan yang pertama tadi dan biarkan sejuk.