Tepung Pasung

Ramuan / Bahan

1 bungkus tepung beras
3 keping manisan (gula) melaka
8 gelas air
1 biji kelapa
Sedikit air kapur sirih Sedikit garam
2 pelepah daun pisang (untuk dibuat kelongsong)

Cara-cara

Gula melaka dimasak dengan tiga gelas air sehingga hancur. Satu bungkus tepung beras dibancuh dengan lima gelas air. Kemudian masukkan sedikit air kapur. Tuangkan manisan kedalam bancuhan tepung, kacau hingga sebati dan masukkan sedikit garam. Daun pisang dibuat kelongsong dan didirikan tegak. Masukkan adunan bersama manisan. Anggaran 3/4 penuh kelongsong tersebut. Kemudian kukus sehingga masak. Apabila masak, masukkan lapisan yang putih diatas kelongsong supaya penuh dan kukus sehingga masak.