Tepung Korak

Ramuan / Bahan

4 cawan santan
1 cawan tepung beras
1 cawan gula Garam secukupnya
Daun pisang sebagai pembungkus

Cara-cara

Layurkan daun pisang dan potong 14 x 10 cm. Kemudian digulung kecil. Ikat pada bahagian hujung. Ketepikan. Bancuh bahan-bahan tadi kesemuanya, kacau rata. Kemudian tuangkan adunan ke dalam daun pisang. Ikat daun pisang pada bahagian tengah dan hujung yang lagi satu. Selepas itu kukus selama satu jam.