Tepung Gomak Kelantan

Ramuan / Bahan

300 gm tepung beras pulut
½ biji kelapa parut yang telah dibuang kulit arinya Gula secukup manis
Air secukup adunan

Cara-cara

Kelapa dimasak dengan air sehingga mendidih setelah itu masukkan gula sambil dikacau-kacaukan lagi sehingga rata. Bila gula telah larut masukkan tepung pulut sedikit-sedikit ke dalam campuran air gula dan dikacau sehingga adunan dapat dibentuk. Kemudian angkat adunan dan bentukkan bulat-bulat. Setelah itu golekkan sehingga rata di atas sedikit tepung pulut. Buat begini semuanya sehingga adunan selesai digunakan. Setelah itu bolehlah diangkat untuk dihidangkan.