Bebola Shanghai

Ramuan / Bahan

3 camca besar minyak masak
10 gm timun laut (dipotong dadu)
50 gm isi ikan Maw (dipotong dadu)
10 gm cendawan hitam (dipotong dadu)
30 gm bawang putih (dikisar)
20 gm bawang besar (dipotong dadu) 2 camca besar sos tiram
1 camca besar sos soya cair
½ camca teh serbuk lada sulah
1 camca teh tepung jagung
100 gm air
200 gm tepung sagu kentang

Cara-cara

Panaskan 1 camca besar minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau.

Kemudian masukkan timun laut, ikan Maw, candawan hitam dan bawang besar yang telah dipotong dadu. Goreng hingga sebati.

Masukkan sos tiram, sos soya cair dan lada sulah. Kacau hingga sebati.

Masukkan 1/2 camca teh tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air untuk memekatkan kuah. Setelah masak, angkat dan ketepikan.

Bancuh air dan tepung sagu kentang di dalam mangkuk dan gaul hingga menjadi doh.

Kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian dan canai nipis menjadi ladu.

Masukkan inti ke dalam setiap ladu dan bungkus seperti kuih pau. Goreng dengan sedikit minyak hingga kuning keperangan.