Tepung Bungkus

Ramuan / Bahan

1 cawan tepung beras
2 cawan santan cair
½ biji kelapa muda parut
1 keping gula melaka Sedikit tepung pulut
Sedikit garam
10 keping daun pisang, potong persegi bujur

Cara-cara

Sira kelapa muda dengan gula melaka hingga kering untuk dijadikan inti. Bulatkan sebesar ibu jari. Golekkan di atas tepung pulut.

Bancuh tepung beras dengan santan cair atas api sederhana dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak dan jangan biar berketul.

Ambil daun pisang dan bubuh dua sudu tepung separuh masak tadi. Atur tiga biji inti dan tutup semula dengan dua sudu tepung separuh masak.

Tutup dengan daun pisang dan lipat kedua-dua hujungnya. Kukus hingga masak.