Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Tauhu Kua

Ramuan / Bahan

2 keping tauhu goreng
½ biji timun
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 sudu kicap masin
½ sudu kecil cuka

Cara-cara

Rebus tauhu selama 3 - 4 minit. Keluarkan dan setelah sejuk, potong tauhu tersebut menjadi 6 atau 8 kepingan tebal bagi setiap keping. Potong timun dengan hirisan tebal 8 - 10 kepingan dan gaulkan bersama tauhu. Masukkan sos cili, sos tomato, kicap dan sedikit cuka dalam bekas berasingan dan gaulkan. Kemudian tuangkan campuran sos ini ke atas campuran tauhu dan timun.