Tat Kari Daging

Ramuan / Bahan

2 biji ubi kentang (dipotong dadu)
200 gm daging (dicincang)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
3 sudu besar serbuk kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
50 gm daun bawang (dihiris)
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis Bahan untuk kulit:

250 gm tepung gandum
125 gm mentega
1 biji telur
Garam secukupnya

Cara-cara

Untuk intinya, panaskan dua sudu besar minyak masak dan tumis bawang sehingga garing. Kemudian masukkan daun bawang, angkat dan sejukkan.

Bagi kulit tat, pukul mentega dengan telur sehingga ia kembang. Tambahkan sedikit garam untuk menyesuaikan rasanya.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli adunan sehingga lembut. Sejukkan dalam peti ais selama 20 minit.

Canai setebal 1 cm dan terap dalam acuan. Letakkan inti dan bakar selama 10 minit dengan suhu 180 darjah Celcius.

Hidangkan untuk minum petang atau waktu keraian.