Tat Epal Berkaramel

Ramuan / Bahan

450 gm epal
Mentega cair untuk dilengser
400 gm pastri paf 110 gm gula perang
1 camca teh serbuk kayu manis

Cara-cara

Epal dihiris setebal 1 cm. Sapu sedikit mentega pada tin bulat berukuran 20 cm dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Canai pastri paf setebal 1 cm. Gunakan permukaan tin untuk memotong bulatan 20 cm. Taburkan gula perang pada dasar tin diikuti serbuk kulit kayu manis baru disusun hirisan epal. Tutup hirisan epal dengan pastri. Tekan supaya padat. Bakar tat 40 minit pada suhu 180'c atau hingga pastri keemasan. Apabila tat sejuk, letakkan piring di atas tin dan terbalikkan tin supaya tat terletak di atas piring. Hias mengikut suka.