Tapai Asin

Ramuan / Bahan

2 kg beras pulut
1 biji ragi bulat, dijemur seharian
1 cekak asin-asin (pucuk manis), dikisar halus bersama sedikit air dan diperah (1 cawan) ½ sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar gula
1 cawan air
Beberapa helai daun pisang, dijemur seketika

Cara-cara

Sediakan bahan. Rendam beras pulut semalaman kemudian dibasuh hingga bersih. Sementara itu campurkan serbuk lada putih dan gula dalam secawan air. Kacau rata dan ketepikan. Masukkan beras pulut ke dalam pengukus dan kukus hingga masak. Curahkan air asin-asin sedikit demi sedikit di atas beras pulut tadi kemudian gaul hingga rata. Simpan sedikit air asin-asin. Kukus lagi selama 20 minit. Kemudian angkat dan sejukkan. Gunakan penapis kopi, gosok ragi menjadi serbuk dan taburkan ragi di atas pulut. Gaul rata. Celupkan tangan dengan baki air asin-asin dan kepal pulut tadi, letakkan di atas daun pisang. Buat 5 atau 6 kepalan dalam setiap bungkus. Renjiskan setiap kepalan tapai dengan air lada putih dan gula tadi. Lipat daun pisang seperti membungkus lepat. Masukkan bungkusan tapai tadi di dalam bekas. Tutup bahagian atas dengan sehelai daun pisang. Letakkan di atasnya 2 tangkai cili kering, 2 ulas bawang merah dan sebatang senduk kayu. Tutup bekas tadi. Bungkus bekas tadi dengan sehelai kain dan simpan di dalam almari atau kabinet selama 2 hari. Keluarkan daripada almari, hidangkan.