Talam Ubi

Ramuan / Bahan

½ kg ubi yang telah dikupas dan diparut
200 gm gula melaka
150 gm gula pasir
1 cawan pati santan
1 camca teh garam
3 camca besar tepung gandum

Cara-cara

1. ubi yang telah diparut digaulkan dengan gula melaka hingga sebati.masukkan ke dalam loyang dan kukus hingga masak.
2. campurkan pati santan, garam, tepung dan kacau hingga sebati kemudian ditapis.
3. selepas itu tuangkan di atas ubi yang telah dikukus tadi dan kukuslah hingga masak.