Talam Mini Nagasari

Ramuan / Bahan

100 gm tepung beras
50 gm gula kastor
1 sudu besar tepung jagung 800 ml santan
Pewarna hijau
Pisang emas (dipotong bulat)

Cara-cara

Kacau sebati tepung beras, gula, tepung jagung dan santan.

Masukkan pewarna hijau. Kacau di atas api yang sederhana sehingga ia pekat.

Masukkan dua sudu ke dalam acuan kecil, susun pisang dan masukkan lagi adunan sehingga penuh.Kukus selama lima minit.

Sedia untuk dihidangakan.