Talam Keladi

Ramuan / Bahan

1 biji keladi
2 cawan santan
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung gandum 2 cawan gula
5 biji telur
Pewarna ungu dan kuning
Garam

Cara-cara

Untuk lapisan bawah, rebus keladi hingga masak. Apabila empuk, tumbuk hingga halus.

Gaulkan bersama secawan santan, tepung gandum dan garam. Tuang ke dalam acuan dan kukus selama 10 minit.

Untuk lapisan atas, gaulkan tepung jagung, telur, secawan santan dan gula hingga sebati.

Warnakan 3/4 bahagian adunan dengan warna ungu manakala selebihnya dicampur pewarna kuning.

Tuang ke dalam lapisan bawah yang sudah dikukus tadi secara berselang-seli. Kukus hingga masak.