Talam Gula Melaka

Ramuan / Bahan

Bahan asas:

240 gm tepung beras
120 gm tepung sagu
320 gm gula melaka
500 ml air Bahan atas:

120 gm tepung beras
180 gm gula
500 gm santan
½ sudu teh garam

Cara-cara

Bagi cara membuat asas, ayak tepung beras dan tepung sagu ke dalam mangkuk.

Jerang air dan gula melaka dan masak sehingga larut.

Tuangkan air gula ke dalam mangkuk tepung dan kacau rata dengan senduk kayu.

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga ia masak.

Bagi cara membuat lapisan atas pula, ayak tepung beras ke dalam mangkuk. Campur gula dan santan.

Kacau sehingga ia rata.

Masak di atas api kecil sehingga adunan menjadi pekat.

Tuang ke atas kuih asas tadi dan kukus hingga ia masak.