Talam Dua Muka

Ramuan / Bahan

Bahagian kepala:

500 gm tepung beras
½ biji kelapa (diambil dua cawan santan)
½ sudu teh garam Bahagian muka talam:

300 gm gula merah
1 biji telur
200 gm tepung beras
100 gm tepung sagu
½ biji kelapa (diambil dua cawan santan)

Cara-cara

Campur kesemua bahan muka talam kecuali gula merah. Bahagikan kepada dua, satu dibiarkan dengan warna asal dan satu lagi dicampur dengan gula merah.

Panaskan loyang di dalam kukusan dan kukus bahagian yang tidak dicampur gula merah. Setelah masak, kukus pula bahagian yang dicampur gula merah. Biar betul-betul masak kira-kira 15 minit.

Setelah itu, tuangkan bahagian kepala dan kukus lagi selama 20 minit.