Talam Berlapis

Ramuan / Bahan

3 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir 1 ½ cawan santan pekat
Sedikit pewarna merah

Cara-cara

Adun tepung beras bersama santan dan gula. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat. Bahagikan dua bahagian. Satu warna asal dan satu lagi diwarnakan merah. Sapu loyang dengan minyak dan panaskan di dalam kukusan. Ambil sesenduk adunan putih dan kukus hingga masak atau kira-kira lima minit. Setelah itu, ambil sesenduk adunan merah dan tuang ke atas adunan putih tadi. Masak lagi. Ulangi proses yang sama berlapis-lapis hingga habis. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.