Talam Bakar Kentang

Ramuan / Bahan

4 biji telur
350 gm gula pasir
200 gm tepung gandum
300 gm ubi kentang (direbus dan dilecek)
3 cawan santan daripada sebiji kelapa ½ sudu teh esen vanila
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Sedikit minyak

Cara-cara

Kacau telur bersama gula hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan ubi kentang yang dilecek bersama santan, esen vanila dan garam. Kacau sebati dan bubuh sedikit pewarna. Panaskan acuan kuih cara yang dilengser dengan sedikit minyak. Bubuh sedikit adunan dan bakar hingga masak. Gunakan api perlahan.