Bebola Madu Kacang

Ramuan / Bahan

1 kilo kacang tanah(digoreng dan dibuang kulitnya)
2 cawan gula merah
sedikit madu

Cara-cara

masukkan gula merah ke dalam kuali bersama sedikit air yang sedang mendidih.kacau hingga rata kemudian masukkan kacang tanah tadi perlahankan api dan kacau hingga pekat.akhir sekali bulat-bulatkan kacang dengan tangan dan golekkan dengan madu.