Seri Muka Rest House

Ramuan / Bahan

1 kg beras pulut
½ biji kelapa (ambil 1 ½ cawan santan cair)
½ sudu teh garam Bahan untuk lapisan atas:

300 gm tepung gandum
100 gm tepung sagu
1 biji telur
300 gm gula pasir
2 helai daun pandan
½ biji kelapa (ambil dua cawan santan pekat)

Cara-cara

Bersihkan beras pulut. Masukkan ke dalam loyang. Tuangkan santan yang bercampur garam kira-kira menutupi paras beras.

Kukus sehingga beras pulut masak iaitu kira-kira 45 minit. Setelah itu, tekan-tekankan pulut supaya padat.

Bagi membuat lapisan atas, campurkan kesemua bahan B dan kacau sehingga ia rata.

Setelah itu, tuangkan ke atas pulut tadi dan kukus selama 45 minit sehingga 1 jam.

Apabila telah dimasak , sejukkan sebelum dipotong. Sedap dimakan bersama seri kaya.