Seri Muka

Ramuan / Bahan

Bahan A:
3 cawan santan pekat
cawan gula
1 camca tepung jagung
5 camca tepung jagung
1 biji kuning telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning Bahan B:
2 tin susu beras pulut
3 tin susu santan cair
Sedikit garam

Cara-cara

Bersihkan beras pulut dan toskan airnya. Larutkan garam dalam santan yang sebanyak 3 tin tadi. Masukkan pulut ke dalam loyang dan tuangkan santan tadi sampai rata separas pulut. Sediakan alat pengukus, dan kukus pulut ini sehingga masak. Sediakan bahan A, sementara tunggu pulut masak. Ayak kedua-dua jenis tepung. Kemudian masukkan ke dalam santan pekat. Kacau sehingga rata supaya tidak berbiji-biji. Pukul telur dengan gula dan sedikit garam hingga sebati. Setelah itu tuangkan ke dalam adunan tepung tadi. Kacau rata-rata hingga gula betul-betul larut. Titikkan sedikit pewarna kuning dan kacau lagi sehingga sebati. Setelah itu, tapiskan adunan tadi dan ketepikan. Apabila pulut tadi telah masak, angkat dari kukusan. Rata dan padatkan pulut itu dengan sehelai daun pisang. Setelah itu, kacaukan adunan santan tadi dan tuangkan di atasnya. Akhir sekali, kukus pulut semula sehingga cukup masak.