Seri Muka

Ramuan / Bahan

275 gm pulut (direndam semalaman atau sekurang-kurangnya6 jam)
195 ml pati santan (untuk Kastard ½ sudu gara
1 helai daun pandan

Bahagian atas
3 biji telur
170 gm gula pasir
1 sudu air daun pandan
195 gm pati santan

Cara-cara

Sediakan Pengukus; Masak air anggaran 3/4 periuk kukus dan satu cerek lagi untuk tambah. Sediakan pulut untuk bahagian bawah kuih; Tus pulut yang telah direndam dan kukus bersama dengan daun pandan yang telah disimpulkan,garam dan santan dalam dulang pengukus hingga masak. Sediakan kapala kuih; Pukul telur dan gula pasir. Masukkan air daun pandan dan pati santan. Kacau pulut supaya sebati. Tekan pulut dengan daun pisang hingga licin. Kukus selama 5 minit. Masakkan kepala Kuih; Kacau campuran telur rata-rata dan tuang ke atas pulut. Kukus lagi selama 15-20 minit hingga adunan pejal. Lap wap dari tudung pengukus supaya kepala kulit itu tidak beralur. Keluarkan daripada pengukus. Sejukkan dalam dulang yang berisi air. Potong dalam serong wajik dan hidang dalam pinggan kuih beralas daun pisang.