Seri Kaya Lapis

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan bahagian A:
4 biji telur ayam
8 sudu besar gula
1 cawan pati santan
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam serta esen ros Bahan-bahan bahagian B:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 biji gula
Sedikit pewarna coklat, garam serta esen ros

Cara-cara

Perah kelapa dan ambil 1 cawan pati santannya serta 3 cawan santan cair.

Untuk bahagian bawah (Bahagian B):
Santan, gula, tepung gandum, esen ros dan pewarna coklat dibancuh hingga cukup rata serta sebati kemudian tuangkan ke dalam loyang dan dikukus hingga masak.

Untuk bahagian atas (Bahagian A):
Telur, pati santan, 8 sudu gula, tepung kastad, tepung gandum, garam serta esen ros dibancuhkan bersama sehingga sebati. Setelah itu tuangkan ke atas adunan yang dikukus tadi serta kukuskan semula untuk selama 1 jam. Bila telah cukup masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.