Seri kaya Labu

Ramuan / Bahan

1 labu sederhana besar
6 biji telur
200 g gula halus 200 ml santan pekat
Garam secukup rasa
100 g tepung gandum

Cara-cara

Potong bahagian atas labu dan keluarkan bijinya. Putar telur dan gula hingga kembang. Masukkan santan, garam dan campur tepung sedikit-sedikit sambil diputar perlahan hingga adunan rata dan sebati. Tuang adunan ke dalam labu dan kukus sejam.